BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 12 November 2011

SELAMAT MENCIPTA KECEMERLANGAN ( SPM 2011 )

    
      



        14 Nov. 2011 adalah hari yang penuh debaran buat guru-guru  dan pelajar-pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM 2011. Panitia Tasawwur Islam mendoakan kejayaan buat semua pelajar tingkatan 5 terutama yang mengambil mata pelajaran tasawwur Islam termasuk pelajar luar pakej.
          Guru-guru sentiasa mengharapkan kejayaan yang cemerlang daripada anda semua. Teruskan berusaha tanpa rasa jemu disamping bermunajat kepada Allah SWT agar diberi ketenangan hati dan kelapangan fikiran serta dipermudahkan segala-galanya dalam menghadapi sat-sat yang penuh debaran ini..........
          Taatilah ibu bapa dan guru-guru  serta mohonlah kemaafan daripada mereka serta minta dihalalkan makan minum dan ilmu yang telah diajar kepada kita selama ini. Ingatlah! Tiada seorang guru pun apatah lagi ibu bapa yang tidak inginkan anaknya berjaya........... Jagalah hubungan baik dengan rakan-rakan anda, jauhkan perasaan hasad dengki, cemburu dan iri hati serta hindarilah sebarang pertengkaran. Sama-samalah kita mengamalkan sikap maaf memaafi sesama manusia.
          Saya selaku Ketua Panitia Tasawwur Islam sekali lagi ingin mengucapkan Selamat menghadapi peperiksaan SPM buat semua pelajar tingkatan lima SMKTTJ. Doa saya sentiasa mengiringi perjuangan anda. Selamat berjuang dan Selamat mencipta kecemerlangan !!! 

Friday 11 November 2011

HARI KUALITI DAN KECEMERLANGAN SMKTTJ 2011

PERKARA       :     MAJLIS HARI KUALITI DAN KECEMERLANGAN 2011


TARIKH           :     11 NOVEMBER 2011 ( 11.11.11 )



MASA              :     8. 00 PAGI - 12. 15 TGH



TEMPAT          :     DATARAN CENDIAKIAWAN,  SMKTTJ



PERASMIAN OLEH  : YAB DATO' SERI UTAMA  HJ. MOHAMAD BIN HAJI HASAN 

                                      ( MENTERI BESAR, NEGERI SEMBILAN )

        Alhamdulillah, dengan izin-Nya jua kita dapat mengadakan Majlis ini dengan jayanya sebagaimana yang telah dirancang. Sekalung tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus memastikan majlis ini dapat dijalankan dengan sempurna. 
              Panitia Tasawwur Islam ingin merakamkan Sekalung Tahniah dan Syabas kepada semua Penerima Anugerah Hari kualiti Dan Kecemerlangan SMKTTJ 2011. Semoga Anugerah yang diterima ini memberi lebih keyakinan dan semangat kepada kita semua untuk melakukan yang terbaik demi kecemerlangan diri, agama, bangsa dan negara yang tercinta........
         Apa yang lebih penting dan harus kita ingat bahawa, kejayaan ini juga merupakan Anugerah dan Ujian daripada Allah SWT untuk menguji sejauhmana keimanan dan rasa kesyukuran kita kepada-Nya. Mari sama-sama kita renungkan  ucapan doa pembuka majlis tadi yang antaranya berbunyi, " Ya Allah, andai kata kami cemerlang pada pandangan manusia, maka jadikanlah kami lebih gemilang dalam melaksanakan tuntutan agamaMu Ya Allah.......
          Semoga kita semua terus diberi kesihatan, ketabahan dan kekuatan iman oleh Allah SWT agar terus mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat. Ingat! Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental.........( Dr. Shukri Abdullah ). 
Selamat mencipta kecemerlangan. Sila layari blog Cikgu Rohayu untuk maklumat selanjutnya......
( http://cikgurohayu-111.blogspot.com/2011/11/hari-kualiti-dan-kecemerlangan-smkttj.html )


Bersama bekas pengetua, Pn Hjh Zaleha Bt Siran ( Penerima Anugerah Jasamu di kenang )

Ucapan MB .........

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kurikulum Untuk pelajar .......

 Staf sokongan ( pertama dari kiri ) dan guru yang menerima Anuherah.... Tahniah!


Bersama Tn. Hj Zakaria ( PK HEM ), En. Alias ( KB Kemanusiaan ) dan Pn Fadhillah ( KB T&V ).


Bersama Cikgu Embun ( Anugerah Pengurusan Kelas terbaik ), Tahniah!

Guru-guru yang menerima Anugerah.........


Bergambar bersama para pelajar yang menerima anugerah,,,,,,,

 Bergambar kenangan dengan MB YAB Dato, Seri Utama Hj Mohamad Bin Haji Hasan

Penerima Anugerah Kecemerlangan Kurikulum ......
Tahniah kepada Mohd Hanafi ( pelajar Tasawwur Islam - 5 UIA ) serta ibu bapanya, 
semoga menjadi anak dan pelajar yang  cemerlang dunia dan akhirat.

Wednesday 2 November 2011

KEISTIMEWAAN / AMALAN BULAN ZULHIJJAH

wukuf

            Terasa baru semalam kita menyambut Idul Fitri dalam bulan Syawal. Sedar tak sedar kita telah pun melangkah masuk ke dalam bulan Zulhijjah.
           Diruangan dan kesempatan yang ada ini, marilah sama-sama kita menghayati kebesaran dan anugerah yang disediakan dalam bulan Zulhijjah, ihsan daripada Yayasan Sofa, Negeri Sembilan.
Dengan ‘inayah dan ri’ayah Allah pastinya, maka pada hari ini kita dikurniakan lagi untuk kesekian kalinya nikmat bulan Zulhijjah yang besar fadilat dan ertinya.
Bulan Zulhijjah bukanlah bulan hanya bagi tetamu Allah tetapi bulan istimewa bagi seluruh umat Islam yang peka dengan waktu-waktu yang dimuliakan oleh Allah dan bijak mengambil peluang bagi meraih curahan rahmat, maghfirah (keampunan) dan keredaan-Nya.
Sesungguhnya pada kejadian Allah SWT terdapat benda-benda, masa-masa, tempat-tempat dan insan-insan yang dibesarkan dan dimuliakan oleh-Nya.
Di antaranya ialah kaabah, Hajar Aswad, zamzam, bulan Ramadan, hari Jumaat, 10 terawal bulan Zulhijjah, Mekah, Madinah, Baitul Maqdis, para Nabi, Rasul dan sebagainya.
Kesemua perkara itu merupakan syiar Allah yang diperintahkan supaya dibesarkan sebagaimana firman-Nya:
Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati (orang Mukmin). (al-Hajj: 32)
Dalam bulan Zulhijjah, Allah menganugerahkan masa-masa yang dibesarkan dan dimuliakan oleh Allah. Iaitu sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, Hari Arafah, Aidil Adha dan Hari Tasyriq.
Sesungguhnya, Allah SWT telah bersumpah dengan Fajar Aidil Adha dan 10 malam bulan Zulhijjah dalam surah al-Fajr ayat 1 dan 2:
Demi waktu fajar Aidil Adha; dan malam 10 Zulhijjah (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).
Kita maklumi, Allah tidak bersumpah dengan suatu perkara melainkan kerana kemuliaan dan kepentingan perkara tersebut. Allah telah menganugerahkan pada 10 malam terawal bulan Zulhijjah dengan kelebihan-kelebihan yang lebih besar dan hebat daripada malam-malam yang lain.
Banyak hadis yang menerangkan tentang kelebihan hari-hari ini dan kelebihan amalan yang dilakukan padanya.
Di antaranya, sebagaimana yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Tidak ada dari hari-hari yang dilakukan amal soleh padanya yang lebih disukai oleh Allah daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat r.a bertanya, Wahai Rasulullah! Dan tidakkah juga berjihad fi sabilillah (lebih afdal daripada beramal pada hari-hari ini)? Rasulullah SAW bersabda, “Tidak juga berjihad fi sabilillah, kecuali orang yang berjihad dengan diri dan hartanya dan kemudian dia syahid”. (riwayat al Bukhari)
Ulama berdalilkan hadis ini sebagai galakan atau sunat berpuasa pada sembilan hari daripada 10 hari terawal bulan Zulhijjah kerana puasa juga termasuk dalam kategori amalan soleh.
Perkara ini disebut oleh al Hafiz Ibnu Hajar r.a, Rasulullah SAW juga bersabda:
“Berpuasa sehari dalam bulan ini (hari yang ke-9) menyamai puasa 1000 hari dan sehari puasa pada hari Arafah menyamai puasa 10,000 hari”.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada dari hari-hari yang lebih dikasihi Allah untuk dipenuhi dengan ibadah kepada-Nya daripada 10 hari terawal dari bulan Zulhijjah; puasa setiap hari daripadanya menyamai puasa setahun, solat pada setiap malam daripadanya menyamai solat pada malam al-Qadar”.
Bahkan, disunatkan bagi orang yang mahu melakukan korban menahan dirinya terlebih dahulu daripada memotong kukunya dan mencukur bulu sama ada pada kepala, muka dan badannya. Iaitu, bermula dari masuknya bulan Zulhijjah hinggalah selesai melakukan ibadah korban.
Hal ini berdasarkan hadis Ummu Salamah, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Apabila masuk hari yang 10 Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka jangan disentuh rambut dan kulitnya sedikitpun”.
Di dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda:
“Apabila kamu melihat anak bulan Zulhijjah, dan seseorang dari kamu mahu berkorban, maka hendaklah ditahan dari memotong rambut dan kukunya”.
Ini sebagai menunjukkan terbukanya pintu penerimaan Allah terhadap amal yang dilakukan pada hari-hari yang berkat ini, kerana Allah Yang Maha Mulia apabila Dia kasih atau suka kepada sesuatu, maka Dia akan menerimanya.
Kesimpulannya, maksud yang paling utama dari hadis ini, kita digalakkan melakukan amal yang disukai dan diredai Allah pada hari-hari tersebut, sekalipun amalan yang mudah dan tidak sulit untuk dilakukan.
Sekiranya tidak mampu untuk berjihad, berpuasa atau bersedekah, janganlah pula berasa lemah untuk melakukan ibadah yang lain seperti solat sunat, tasbih dan tahlil. Kadang kala amal yang sedikit dan mudah itu besar nilainya di sisi Allah dan lebih dikasihi-Nya.

Hari Arafah
                 Hari Arafah ialah hari para jemaah haji mengerjakan wukuf di Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah. Ia terkenal sebagai kemuncak bagi segala amalan atau rukun haji.
Allah yang bersifat Maha Pemurah memuliakan dan membesarkan hari tersebut dengan mencurahkan rahmat dan keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang berdoa dan meminta keampunan kepada-Nya.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak ada hari yang lebih banyak pembebasan dari neraka daripada hari Arafah”.
Justeru pada hari tersebut, kita amat digalakkan supaya memperbanyakkan doa dan istighfar. Daripada Abdullah ibn Amru r.a berkata:
“Kebanyakan doa Nabi SAW pada hari Arafah ialah “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah; Yang Maha Esa tanpa ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan dan pujian. Di dalam kekuasaan-Nya segala kebaikan dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu”.
Di antara doa bagi memohon keampunan dan pembebasan dari api neraka ialah:
“Ya Allah! Bebaskanlah tengkukku daripada api neraka, luaskanlah untukku dengan rezeki yang halal dan palingkanlah (hindarilah) daripadaku jin dan manusia yang fasiq”.
Kita juga disunatkan berpuasa pada hari Arafah kerana Rasulullah SAW bersabda:
“Puasa pada hari Asyura akan mengkafarahkan dosa setahun (sebelumnya). Manakala puasa hari Arafah, akan mengkafarahkan dosa dua tahun; setahun sebelumnya dan setahun selepasnya yang akan datang”.
Sebagaimana yang disebut di dalam hadis, bahawa Rasulullah SAW berdoa pada petang hari Arafah agar diampunkan dosa-dosa umatnya termasuk orang yang zalim. Apabila Allah memakbulkan doanya, Baginda SAW tersenyum kerana melihat iblis mengambil tanah lalu menaburnya di atas kepalanya sambil mengeluh panjang apabila mengetahui doa Baginda SAW dimakbulkan dan dosa-dosa umatnya diampunkan.

Aidil Adha
                         Solat hari raya merupakan khususiat/keistimewaan umat ini seperti solat istisqa’ (minta hujan) dan kusuf (gerhana matahari).
Di antara dua solat hari raya, solat Aidil Adha lebih afdal daripada solat Aidilfitri kerana terdapat nas dari al-Quran yang menyebut tentangnya, sebagaimana firman Allah SWT:
Oleh itu, kerjakanlah solat (Aidil Adha) kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (al Kauthar: 2)
Dalil ini juga menunjukkan bahawa ibadah yang dituntut pada Aidil Adha bukan setakat ibadah jasad iaitu solat tetapi juga ibadah yang melibatkan pengorbanan harta iaitu melakukan korban.
Ibadah korban merupakan sunat muakkad bagi umat Islam dan makruh meninggalkannya bagi orang yang berkemampuan. Rasulullah SAW sendiri memberi amaran kepada orang yang enggan berkorban.
Ini sebagaimana sabdanya:
“Sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk berkorban tetapi tidak berkorban, maka jangan hadir di tempat solat kami”.
Sesiapa yang melakukan korban pada hari tersebut, akan diampunkan dosanya dan ahli rumahnya pada titik pertama darah sembelihan korbannya.
Sesiapa yang memberi makan dan bersedekah dengannya, akan dibangkitkan pada hari Kiamat sebagai orang yang mendapat keamanan dan timbangannya lebih berat daripada Jabal Uhud.
                  Aidil Adha adalah Aidil Akbar (Raya Terbesar) bagi umat ini kerana banyaknya pembebasan dari neraka atau pengampunan dosa yang dianugerahkan oleh Allah pada hari sebelumnya iaitu hari Arafah.
Tidak dilihat pembebasan dari neraka yang lebih banyak daripada pembebasan pada hari Arafah seperti yang disebut dalam hadis. Sesiapa yang telah dibebaskan, maka keesokannya adalah hari raya baginya.
Sekiranya tidak, maka dia berada jauh dari rahmat Allah dan dijanjikan dengan seburuk-buruk balasan.
Justeru, sementara kita masih diberi ruang dan kemampuan, marilah bersama-sama kita merebut peluang keemasan yang dianugerahkan oleh Allah kepada kita semata-mata kerana kasih dan sayang-Nya terhadap kita.

Oleh: PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA
NEGERI SEMBILAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...