BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 9 December 2011

PANDUAN CARA-CARA SOLAT GERHANA BULAN

  
 
        Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.
         Mari kita sama-sama saksikan gerhana penuh kali ini dan perhatikan yang mana satu warna Bulan yang akan kelihatan. Jangan lepaskan peluang melihat fenomena yang menarik ini dan bagi umat Islam fenomena ini merupakan diantara tanda-tanda kebesaran Allah, yang Maha Pencipta alam ini. Mereka disunatkan mengerjakan solat sunat gerhana.

CARA MENGERJAKAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN :
Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad
 
CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang
masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat
ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.
 
CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi
gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat dalam solat malam.
 
Cara Pertama : Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.
 
Cara Kedua : Disebut dengan “ أدنى الكمال ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.
Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas
takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana
surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam
kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).
Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud
kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang
kedua.
 
Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua
akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama
hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang
sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi
qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua
qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam
yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah.
Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan
kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga
70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.
 
Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa
dilakukan solat berjemaah.
 
ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Lafaz niat :
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat  kerana Allah
Ta’ala”.
3. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
4. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
5. Baca al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
7. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
8. Baca al-Fatihah dan Surah.
9. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
10. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
11. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.

Sunday 4 December 2011

Amalan Sunat Hari Asyura ( 10 Muharram )

                    Hari Asyura ( 10 Muharram ) bakal tiba tidak lama lagi ( 6 Dis. 2011 ). Bersamalah kita menghayati perkara-perkara yang berlaku disebalik hari Asyura serta amalan-amalan sunat yang boleh kita amalkan untuk meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. 

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Klik untuk tutup...


Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...