BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 2 April 2012

POST MORTEM SPM 2011 ( TASAWWUR ISLAM )






 

                        Tanggal 22 Mac 2012  yang lalu Keputusan SPM 2011 telah diumumkan. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya mencipta kecemerlangan untuk SMKTTJ.
                  Kepada pelajar Tasawwur Islam 2011, sekalung Tahniah diucapkan kerana berjaya menyahut cabaran saya untuk memperolehi 100% lulus. Alhamdulillah dan syukur kehadrat Ilahi atas kurniannya yang tak ternilai yang telah meperkenankan doa kita semua .
                  Apa yang lebih mengembirakan saya, pelajar Tasawwur Islam memperolehi keputusan  yang cemerlang dan semuanya kredit. Tahun ini merupakan Tahun terbaik dalam tempoh 6 tahun dengan mencatatkan GPMP 2.76 berbanding 4.50 pada tahun lalu dan peningkatan bilangan A sebanyak 15 orang berbanding 8 orang pada tahun lalu.
                   Kejayaan ini merupakan Penanda Aras kepada Panitia Tasawwur Islam untuk terus mencipta kecemerlangan pada masa akan datang. Apa yang penting ialah kerjasama semua pihak iaitu ibu bapa, guru dan pelajar disamping terus berdoa  kehadrat Ilahi serta usaha yang tak mengenal erti putus asa bagi memastikan keputusan untuk tahun-tahun akan datang terus cemerlang. Ayuh bersama kita jayakan Slogan SMKTTJ "Lonjakkan Kecemerlangan".
 

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...