BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 14 May 2012

BENGKEL PEMBINAAN MODUL PROGRAM GEMILANG SPI JPNS


TARIKH                          :  14 MEI 2012 ( ISNIN )

MASA                              :  8. 00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

TEMPAT                           :  PKG TANJUNG IPOH

ANJURAN                        :  SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JPNS


TUGASAN                        :  PEMBINAAN MODUL TUDINGAN  2012 
                                              TASAWWUR ISLAM SPM


TENTATIF PROGRAM   :

8. 00     -  PENDAFTARAN PESERTA BENGKEL

8.30      - BENGKEL 1 ( PEMBINAAN MODUL )

10.30    - REHAT

11.00    -  BENGKEL 2 ( PEMBINAAN MODUL )

1. 00     -  REHAT / MAKAN TENGAHARI / SOLAT

2. 30     - PEMBENTANGAN MODUL

4. 30    - BERSURAI
 

                Alhamdulillah  syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan kekuatan yang diberikanNya dapat kami berhimpun di sini untuk menyiapkan  Modul Tudingan SPM Tasawwur Islam 2012 ini. Dengan terhasilnya modul ini akan menambahkan lagi koleksi  dan perkongsian ilmu untuk memenuhi hasrat guru dan pelajar ke arah meningkatkan lagi prestasi pencapaian SPM Tasawwur Islam.

                Pemilihan tajuk-tajuk dalam modul ini berdasarkan analisa soalan-soalan  SPM dan juga pandangan beberapa orang guru Tasawwur Islam yang terlibat secara langsung dalam membina modul ini.

Modul ini terbahagi kepada dua bahagiaan iaitu Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.
   Skema untuk modul ini disertakan secara berasingan untuk memudahkan para guru menggunakannya secara latih tubi atau gerak gempur sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin.

                Akhir sekali, kami mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Sektor Pendidikan Islam, JPNS kerana dapat mengadakan Bengkel Pembinaan Modul Program Gemilang ini.
     Semoga modul ini dapat dimanfaatkan bersama oleh guru-ruru dan pelajar-pelajar Tasawwur Islam khasnya di Negeri Sebilan dan seluruh Malaysia amnya.
  

Senarai Peserta Bengkel Pembinaan Modul  Tudingan Tasawwur Islam 2012 :


1. Ustaz Idris Bin Husin
2. Ustaz Mohd Kamil Bin Ismail
3. Ustaz Mazlan Bin Mamat
4. Ustazah Norlaila Hayati Bt Zainal Abidin
5. Ustazah Ruheida Bt Bahri
6. Ustazah Rohayu Bt Mustafa

Taklimat Program oleh Ustaz Darmadi Bin Zulkifly ( SPI,  JPNS ) 

 
Peserta bengkel Modul Tudingan Tasawwur Islam SPM 2012

Dilaporkan oleh :

USTAZAH ROHAYU BT MUSTAFA
KETUA PANITIA TASAWWUR ISLAM
SMK TAMAN TUANKU JAAFAR, SEREMBAN
 
 

Friday 4 May 2012

CERAMAH PERBANKAN ISLAM


1.0      PENDAHULUAN

Ceramah Perbankan Islam  merupakan satu Program Kolaborasi antara PanitiaTasawwur Islam dan Panitia Perdagangan  SMKTTJ . Ceramah  ini
amat  penting kepada pelajar  tingkatan 5  untuk memahami  tajuk-tajuk berkaitan dengan  Muamalah  Islam , seterusnya dapat membantu pelajar dalam menjawab soalan SPM 2012.

2.0      RASIONAL

Menambah pengetahuan pelajar  tentang  Jenis-jenis Muamalah Islam yang merupakan salah satu daripada kandungan Sukatan Tasawwur Islam dan Perdagangan serta Ekonomi Asas.

3.0      OBJEKTIF
3.1           Memberi pendedahan kepada pelajar tentang  Sistem Perbankan Islam.
3.2           Pelajar dapat mengetahui jenis-jenis Muamalah Islam.
3.3           Dapat mengetahui kepentingan dan kelebihan Sistem Muamalah Islam.



4.0      MATLAMAT

Memberi motivasi kepada pelajar untuk menceburi bidang kerjaya berkaitan dengan Perbankan  Islam.


5.0      TARIKH  DAN  MASA

4   Mei   2012  8. 00 pagi – 10.15 pagi.


6.0      TEMPAT

Dewan Sri Budiman  SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban.


7.0      SASARAN

Semua pelajar Tasawwur Islam , Perdagangan dan Ekonomi  Asas.



9. 0      PENUTUP
Diharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan.

LAPORAN BERGAMBAR  :
 

 



 
    
 

 
 

PROGRAM MUMTAZ TASAWWUR ISLAM 2012

BENGKEL KECEMERLANGAN TASAWWUR ISLAM

TARIKH     : 3 MEI 2012

MASA        : 2.00 - 4.00 PETANG

TEMPAT    :  DEWAN SRI BUDIMAN

SASARAN : SEMUA PELAJAR TASAWWUR ISLAM TING. 5

        Alhamdulillah dengan izinNya jua sekali lagi Panitia Tasawwur Islam dapat mengadakan bengkel ini khas untuk pelajar-pelajar ting.5 yang telah mendaftar Subjek Tasawwur Islam.

           PENDAHULUAN

Bengkel ini dilaksanakan oleh Panitia Tasawwur Islam dengan kerjasama
Unit  Bimbingan dan Kaunseling SMKTTJ. Dengan adanya  program ini dapat   
menambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan teknik menjawab dengan  
betul kepada pelajar Tasawwur Islam yang bakal menduduki peperiksaan
SPM 2011 termasuk pelajar yang mendaftar di Luar Pakej.
 
            RASIONAL
2.1  Meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Tasawwur Islam.
2.2  Mensifarkan pelajar yang gagal dalam peperiksaan SPM tahun 2012.
2.3  Menambahkan bilangan pelajar yang dapat A .
2.4  Memberi kefahaman dan menyuburkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Tasawwur Islam.
  
            OBJEKTIF
3.1  Pelajar menguasai sepenuhnya kemahiran menjawab soalan kertas 1 dan kertas 2 dalam peperiksaan SPM 2012.
3.2  Pelajar mempunyai pengetahuan serta minat yang mendalam terhadap mata pelajaran Tasawwur Islam.
3.3  Pelajar sentiasa mengambil peluang menimba pengalaman dengan cara menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh panitia.

             MATLAMAT

4.1  Mencapai 100% lulus sekurang-kurangnya gred C  dalam Peperiksaan SPM 2012 .

           4.2  Meningkatkan kuantiti calon lulus A dalam Peperiksaan SPM 2012.

 
              PENCERAMAH

       Rohayu Binti Mustafa ( Ketua Panitia Tasawwur Islam, SMKTTJ )

               Saya berharap agar bengkel ini dapat membantu pelajar memahami format pentaksiran Tasawwur Islam dengan lebih jelas dan terperinci. Terima kasih diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana menganjurkan bengkel ini.          

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...