BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 23 June 2012

LAWATAN KE MAHKAMAH SYARIAH SEREMBAN


LAPORAN  LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE MAHKAMAH SYARIAH  SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
TAHUN 2012

      PENDAHULUAN
                Lawatan ini merupakan lawatan sambil belajar. Ia merupakan aktiviti Kurikulum   
yang terdapat dalam Perancangan Strategik Tasawwur Islam 2012. Dengan adanya  program ini dapat menambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang berfaedah kepada pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2012.
       
TARIKH DAN MASA                   :               14  Jun 2012  dari jam 7. 30 pagi – 1. 30 tengahari

TEMPAT                           :                Mahkamah Syariah Seremban Negeri Sembilan

SASARAN                          :               Semua pelajar Tasawwur Islam dan sebahagian pelajar
                                                                Pend. Islam   Tingkatan Lima.

GURU PENGIRING        :               1- Ustaz mohd nizam bin Maarum
                                                2- Ustazah Rohayu Binti Mustafa
                                                3- Ustazah siti Mazlina Bt Kamaruzzaman


LAPORAN  PERBELANJAAN :

                                Sumber Kewangan

                                PCG Panitia Pendidikan Islam                                               RM   260.00

                                Wang SUWA                                                                                                    RM   105. 00

                                                                                                                JUMLAH                            RM 365. 00
                  
                                Perbelanjaan

                Pengangkutan Pelajar    ( RM 200.00  X 1 bas  )                                RM   200.00

                Makan pelajar                   ( RM 3. 00 X 35 pelajar )                             RM   105. 00

Cenderamata                    ( RM 60. 00 X 1 )                                              RM     60. 00

       

                                                                                                                JUMLAH                          RM  365. 00
               

 
LAPORAN

Berkumpul di hadapan Surau untuk mendengar Takimat ringkas lawatan dan Tugasan yang disampaikan oleh Guru penasihat.

Pelajar menaikai bas bersama guru pengiring menuju ke Mahkamah Syariah Seremban

Pelajar tiba di Mahkamah Syariah Seremban.
Pelajar  menikmati sarapan pagi yang telah disediakan oleh pihak mahkamah.

Mendengan taklimat ringkas tentang organisasi mahkamah dan bidang kuasa mahkamah Syariah Seremban yang disampaikan oleh pegawai Penyelidik Pn Nurul Hayati.

Pelajar dibahagikan kepada tiga kumpulan.
Kumpulan pertama mengikuti Kes Perbicaraan di mahkamah Rendah, manakala kumpulan kedua dan ketiga mengikuti kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi.  Pelajar seterusnya dibenarkan untuk bertukar Dewan bagi mengikuti pelbagai kes yang lain.
Antara Kes yang telah diikuti oleh pelajar di
 a) Mahkamah Rendah :
i- Kes perceraian
ii- Kes Fasakh
iii- Kes Khalwat
iv- Kes pengesahan nikah di Luar Kawasan
v- Kes pengesahan nikah palsu
vi- Permohonan cerai

b) Mahkamah Tinggi :
i- Kes tuntutan harta sepencarian
ii- Kes tuntutan hak penjagaan anak
iii- Kes harta pusaka / hibah / wasiat
iv- Kes permohonan poligami

Majlis Penutup :
- Semasa majlis penutup pelajar mengikuti sesi soal jawab dan Kuiz terbuka berkenaan dengan kes-kes perbicaraan yang telah diikuti oleh pelajar.
- Pegawai Mahkamah yang merupakan Juru Bahasa Mahkamah turut memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita yang iimpikan.
- Acara diteruskan dengan sesi pertukaran cenderamata daripada pihak mahkamah dan daripadapihak SMKTTJ.
- Sebelum berakhir sesi lawatan pelajar bergambar bersama guru-guru pengiring dan pegawai mahkamah di Dewan Utama.

Pelajar berkumpul dan menaiki bas untuk pulang ke SMKTTJ.

Pelajar tiba di SMKTTJ dan terus ke kantin sekolah untuk menikmati jamuan tengahari yang telah disediakan oleh pihak sekolah sebelum mengikuti Kelas Tambahan.


11. Penutup

Alhamdulillah program ini dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang. Segala kerjasama dari semua dalam menjayakan program ini  diucapkan ribuan terima kasih. Semoga pelajar yang mengikuti lawatan ini dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman mereka serta dapat memberi semagat dan motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai cita-cita yang dimpikan. Semoga usaha yang murni ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T.


LAPORAN BERGAMBAR



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...