BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

MUHASABAH

Kesalahan menggunakan wang masih boleh diperbaiki; tetapi salah dalam
mempergunakan waktu, akan hilang selama-lamanya. - TRIMANTO

Kata-kata dari seorang sahabat yang setia dan jujur, lebih berharga daripada harta benda yang diwarisi daripada nenek moyang. - SAYIDINA ALI ABI TALIB

Kekayaan yang hilang boleh dikejar kembali dengan usaha dan kerja
bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh dikembalikan dengan
ubat-ubatan, tetapi waktu yang hilang, sekali hilang akan terus
hilang. - MARDEN O.S.

Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak
pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang
dicapai. - HAMKA

Carilah seribu sahabat dalam pergaulan kerana seribu sahabat belumlah
banyak. Jauhi seorang musuh kerana musuh yang seorang itu sudah
lebih daripada banyak. - LUKMANUL HAKIM

Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang Akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk
sementara saja. - HAMKA

Hanya mereka yang mendapat didikan agama dan peradaban yang tertib
ketika kanak-kanak dapat diharap berdiri tegak sewaktu menghadapi
pancaroba. - W.E. VAN WIJK

Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa itu
bergantung kepada kerelaan dan kecekapan serta kesediaan untuk
bekerja. - SOEKARNO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...