BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday 20 July 2011

PERKONGSIAN ILMU ( TASAWWUR ISLAM )

TARIKH        :    20 JULAI 2011 ( RABU )

MASA           :     2. 00 - 4. 00 PTG

TEMPAT       :     SMA DATO' KLANA PETRA MAAMOR, SEREMBAN

SASARAN    :     SEMUA PELAJAR TASAWWUR ISLAM TING.5

                 Alhamdulillah, petang tadi telah berlangsungnya Majlis Ilmu di SMA DKPM. Majlis tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang Format Pentaksiran SPM Tasawwur Islam. 
Apa yang menarik dan  dapat dikongsikan bersama antaranya adab dan tatasusila pelajarnya yang begitu sopan.  
          Bermula dari memasang LCD, menyediakan minuman untuk penceramah, memulakan Majlis semuanya dilaksanakan oleh pelajar.  Ketika guru menyampaikan ceramah, pelajarnya mendengar dengan khusyuk dan penuh perhatian. Pelajar juga aktif bertanyakan soalan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Tasawwur Islam. Selesai majlis, pelajar bukan sahaja mengucapkan terima kasih bahkan beberapa perkataan lain yang cukup tersentuh hati mendengarnya, anataranya ;
* Halalkan ilmu cikgu
* Doakan kami cikgu
* Sayangi kami cikgu
* Maafkan kami cikgu
                         Semoga pelajar SMA DKPM mendapat kejayaan yang cemerlang dalam SPM nanti dan juga pelajar yang cemerlang dari segi Akhlak dan Sahsiah......... Untuk pelajar SMKTTJ contohilah apa yang ada pada pelajar di sana agar kita juga menjadi pelajar yang cemerlang dunia dan akhirat. Insyaallah.



 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...