Selamat menduduki Pep. Percubaan PMR dan Percubaan SPM buat semua pelajar Ting. 3 dan Ting. 5 SMKTTJ. Tahun ini kita menjalani Pep. pada Bulam Ramadhan Al-Mubarak, namun demikian itu bukan beerti kita lemah dan lesu untuk mengulangkaji pelajaran tetapi sepatutnya kita lebih bersemangat kerana di bulan yang penuh keberkatan ini digandakan pahala oleh Allah SWT atas segala amalan kebaikan yang kita lakukan termasuklah mengulangkaji pelajaran atau menuntut ilmu.
Untuk anak-anak pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan, persediaan peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan anak-anak serta para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa dan petua berikut :
***** SEBELUM PEPERIKSAAN *****
1.Mengumpulkan alat tulis dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
- Al-Fatihah 7 kali
- Selawat 7 kali
- Subhanallah 44 kali
- Alhamdulillah 44 kali
- Allah hu Akbar 44 kali
- Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
- Teruskan dengan bacaan doa.berikut :.
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah kami di dalam urusan menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati kami untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa kami untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah kami dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alat tulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah oleh sesiapa sahaja. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.
2. Tenang dalam menghadapi peperiksaan.
3. Jangan cemas memikirkan tidak cukup masa untuk study.
4. Tumpukan perhatian terus kepada topik yang kita nak belajar.
5. Ambil wudhu dan solat sunat hajat sebelum study.
6. Yakin pada diri sendiri. Jerit kuat-kuat “Saya boleh!”. Tulis besar-besar “Saya Boleh!”
7. Peruntukan masa untuk rehat. Rehat sekejap amat penting.
8. Kurangkan masa tidur kalau tidur berlebihan. Nanti lepas exam tidur puas-puas
9. Jangan ambil ubat sebarangan dan kafein. Amalkan minum lobak merah atau makan kismis.
3. Jangan cemas memikirkan tidak cukup masa untuk study.
4. Tumpukan perhatian terus kepada topik yang kita nak belajar.
5. Ambil wudhu dan solat sunat hajat sebelum study.
6. Yakin pada diri sendiri. Jerit kuat-kuat “Saya boleh!”. Tulis besar-besar “Saya Boleh!”
7. Peruntukan masa untuk rehat. Rehat sekejap amat penting.
8. Kurangkan masa tidur kalau tidur berlebihan. Nanti lepas exam tidur puas-puas
9. Jangan ambil ubat sebarangan dan kafein. Amalkan minum lobak merah atau makan kismis.
10. Amalkan solat sunat Tahajjud dan solat sunat hajat mohon kepada Allah keberkatan ilmu dan
dipermudahkan urusan menuntut ilmu.
PERSEDIAAN MINDA
Persediaan menjelang peperiksaan lebih merupakan persediaan minda. Kaedah pembelajaran bukan lagi menjadi persoalan utama. Pelajar yang telah lama bersedia adalah pelajar yang beruntung manakala pelajar yang lalai hingga ke saat akhir adalah pelajar yang merugi.
Persediaan mental menjelang peperiksaan juga amat penting kerana turut mempengaruhi prestasi semasa peperiksaan. Persediaan mental ini tetap merupakan perjuangan para pelajar ke arah mengejar kejayaan cemerlang.
Pelbagai petua dan panduan perlu dipatuhi oleh pelajar untuk mencapai ke arah kejayaan inI ANTARANYA :
1.Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.
2.Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.
3.Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.
4.Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan menyebabkan otak kurang cekap.
5.Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh melemahkan tenaga dan melembapkan minda.
6.Bangun tidur awal pada setiap pagi.
7.Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat.
8.Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.
9.Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.
10.Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.
11.Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan kurang ajar dengan guru.
12.Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.
13.Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.
14.Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
15.Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.
***** SEMASA PEPERIKSAAN *****
1.Bersalaman dengan ibubapa sebelum ke sekolah. Mohon ampun maaf.
2.Datang lebih awal ke sekolah sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.
3.Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.
4.Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.
5.Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas peperiksaan.
6.Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.
7.Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
8.Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.
9.Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.
10.Jangan libatkan diri dengan masalah cinta dengan kekasih atau buah hati, ini akan melencungkan tenaga pemikiran dan tumpuan pelajar daripada matlamat asal iaitu untuk mencapai tahap kecemerlangan dalam peperiksaan. Lebih malang lagi sekiranya pelajar 'putus cinta' menjelang peperiksaan!
11.Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.
12.Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.
13.Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.
14.Selesai menjawab. Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.
***** SELEPAS PEPERIKSAAN ******
1.Teruskan solat hajat dan memohon doa kepada Allah agar diberi kejayaan yang cemerlang.
2.Bersyukur kepada Allah dengan melakukan sujud syukur sekiranya anda mendapat kejayaan yang diimpikn agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang sombong atau riak.
3. Sekiranya keputusan anda agak mengecewakan jangan putus asa, ingatlah segala yang berlaku ada hikmahnya, teruskan berusaha, mungkin ujian Allah untuk menguji sejauhmana kesabaran hambaNya. Pasti satu masa nanti kejayaan milik anda jua...
Semoga dengan petua yang diberikan ini dapat membuka jalan kepada para pelajar yang kerungsingan. Ingatlah, USAHA, DOA DAN TAWAKKAL MESTILAH SEIRING, Insyaallah kejayaan milik kita bersama. Sekian..
0 comments:
Post a Comment