Friday, 5 October 2012
HARI Q SMKTTJ 2012
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana hari ini Panitia Tasawwur Islam terpilih menerima Anugerah Lonjakan GPMP tertinggi kategori SPM pada Majlis Hari Anugerah Kualiti & Kecemerlangan SMKTTJ yang telah dirasmikan oleh Dato' Devamany S. Krishnasamy Tim. Menteri di Jab. Perdana Menteri.
Selaku Ket. Panitia Tasawwur Islam, saya amat berharap agar Anugerah ini menjadi suntikan semangat kepada pelajar-pelajar Tasawwur Islam yang bakal menduduki SPM tidak lama lagi supaya terus berusaha mengekalkan kecemerlangan Tasawwur Islam.
Tidak lupa juga sekalung ucapan Tahniah kepada semua pelajar dan guru yang telah menerima Anugerah kategori masing-masing. Di sini juga saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah membantu saya untuk sama-sama meningkatkan kecemerlangan akademik SMKTTJ terutama rakan-rakan daripada Panitia Pendidikan Islam dan juga pihak pentadbir SMKTTJ.
Semoga kita semua terus diberi kekuatan oleh-Nya dalam mencapai Visi dan Misi sekolah serta dapat merialisasikan Slogan kita " Lonjakkan Kecemerlangan " dari semua aspek, Kurikulum dan juga Kokurikulum.......
Posted by PANITIA TASAWWUR ISLAM at Friday, October 05, 2012 0 comments
Saturday, 23 June 2012
LAWATAN KE MAHKAMAH SYARIAH SEREMBAN
LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE MAHKAMAH SYARIAH SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
TAHUN 2012
PENDAHULUAN
Lawatan ini merupakan lawatan
sambil belajar. Ia merupakan aktiviti Kurikulum
yang terdapat dalam Perancangan Strategik Tasawwur
Islam 2012. Dengan adanya program
ini dapat menambah ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang berfaedah
kepada pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2012.
TARIKH DAN MASA :
14
Jun 2012 dari jam 7. 30 pagi – 1.
30 tengahari
TEMPAT : Mahkamah Syariah Seremban Negeri Sembilan
SASARAN : Semua pelajar Tasawwur Islam dan sebahagian pelajar
Pend. Islam
Tingkatan Lima.
GURU PENGIRING : 1- Ustaz mohd nizam bin Maarum
2-
Ustazah Rohayu Binti Mustafa
3-
Ustazah siti Mazlina Bt Kamaruzzaman
LAPORAN PERBELANJAAN :
Sumber Kewangan
PCG
Panitia Pendidikan Islam RM 260.00
Wang
SUWA RM 105. 00
JUMLAH RM 365. 00
Perbelanjaan
Pengangkutan
Pelajar ( RM 200.00
X 1 bas ) RM 200.00
Makan
pelajar ( RM 3. 00 X 35
pelajar ) RM 105.
00
Cenderamata (
RM 60. 00 X 1 ) RM 60. 00
JUMLAH RM
365. 00
LAPORAN
|
Berkumpul di hadapan Surau
untuk mendengar Takimat ringkas lawatan dan Tugasan yang disampaikan oleh
Guru penasihat.
|
Pelajar menaikai bas bersama
guru pengiring menuju ke Mahkamah Syariah Seremban
|
Pelajar tiba di Mahkamah
Syariah Seremban.
Pelajar menikmati sarapan pagi yang telah
disediakan oleh pihak mahkamah.
|
Mendengan taklimat ringkas
tentang organisasi mahkamah dan bidang kuasa mahkamah Syariah Seremban yang
disampaikan oleh pegawai Penyelidik Pn Nurul Hayati.
|
Pelajar dibahagikan kepada
tiga kumpulan.
Kumpulan pertama mengikuti
Kes Perbicaraan di mahkamah Rendah, manakala kumpulan kedua dan ketiga mengikuti
kes perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Pelajar seterusnya dibenarkan untuk bertukar Dewan bagi mengikuti
pelbagai kes yang lain.
Antara Kes yang telah
diikuti oleh pelajar di
a) Mahkamah Rendah :
i- Kes perceraian
ii- Kes Fasakh
iii- Kes Khalwat
iv- Kes pengesahan nikah di
Luar Kawasan
v- Kes pengesahan nikah
palsu
vi- Permohonan cerai
b) Mahkamah Tinggi :
i- Kes tuntutan harta
sepencarian
ii- Kes tuntutan hak
penjagaan anak
iii- Kes harta pusaka /
hibah / wasiat
iv- Kes permohonan poligami
|
Majlis Penutup :
- Semasa majlis penutup
pelajar mengikuti sesi soal jawab dan Kuiz terbuka berkenaan dengan kes-kes
perbicaraan yang telah diikuti oleh pelajar.
- Pegawai Mahkamah yang
merupakan Juru Bahasa Mahkamah turut memberi kata-kata semangat dan motivasi
kepada pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita
yang iimpikan.
- Acara diteruskan dengan
sesi pertukaran cenderamata daripada pihak mahkamah dan daripadapihak SMKTTJ.
- Sebelum berakhir sesi lawatan
pelajar bergambar bersama guru-guru pengiring dan pegawai mahkamah di Dewan
Utama.
|
Pelajar berkumpul dan
menaiki bas untuk pulang ke SMKTTJ.
|
Pelajar tiba di SMKTTJ dan
terus ke kantin sekolah untuk menikmati jamuan tengahari yang telah
disediakan oleh pihak sekolah sebelum mengikuti Kelas Tambahan.
|
11.
Penutup
Alhamdulillah
program ini dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancang. Segala
kerjasama dari semua dalam menjayakan program ini diucapkan ribuan terima kasih. Semoga pelajar
yang mengikuti lawatan ini dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman mereka
serta dapat memberi semagat dan motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh bagi
mencapai cita-cita yang dimpikan. Semoga usaha yang murni ini mendapat
keberkatan dan rahmat dari Allah S.W.T.
LAPORAN BERGAMBAR
Posted by PANITIA TASAWWUR ISLAM at Saturday, June 23, 2012 3 comments
Labels: Lawatan Mahkamah
Monday, 14 May 2012
BENGKEL PEMBINAAN MODUL PROGRAM GEMILANG SPI JPNS
TARIKH : 14 MEI 2012 ( ISNIN )
MASA : 8. 00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT : PKG TANJUNG IPOH
ANJURAN : SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JPNS
TUGASAN : PEMBINAAN MODUL TUDINGAN 2012
TASAWWUR ISLAM SPM
TENTATIF PROGRAM :
8. 00 - PENDAFTARAN PESERTA BENGKEL
8.30 - BENGKEL 1 ( PEMBINAAN MODUL )
10.30 - REHAT
11.00 - BENGKEL 2 ( PEMBINAAN MODUL )
1. 00 - REHAT / MAKAN TENGAHARI / SOLAT
2. 30 - PEMBENTANGAN MODUL
4. 30 - BERSURAI
Alhamdulillah syukur
kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan kekuatan yang diberikanNya
dapat kami berhimpun di sini untuk menyiapkan Modul Tudingan SPM Tasawwur Islam 2012 ini. Dengan
terhasilnya modul ini akan menambahkan lagi koleksi dan perkongsian ilmu untuk memenuhi hasrat
guru dan pelajar ke arah meningkatkan lagi prestasi pencapaian SPM Tasawwur
Islam.
Pemilihan tajuk-tajuk dalam
modul ini berdasarkan analisa soalan-soalan
SPM dan juga pandangan beberapa orang guru Tasawwur Islam yang terlibat
secara langsung dalam membina modul ini.
Modul
ini terbahagi kepada dua bahagiaan iaitu Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.
Skema untuk modul
ini disertakan secara berasingan untuk memudahkan para guru menggunakannya secara
latih tubi atau gerak gempur sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan
dengan lebih yakin.
Akhir sekali, kami mengucapkan
tahniah dan terima kasih kepada Sektor Pendidikan Islam, JPNS kerana dapat
mengadakan Bengkel Pembinaan Modul Program Gemilang ini.
Semoga modul ini
dapat dimanfaatkan bersama oleh guru-ruru dan pelajar-pelajar Tasawwur Islam
khasnya di Negeri Sebilan dan seluruh Malaysia amnya.
Senarai Peserta Bengkel Pembinaan Modul Tudingan Tasawwur Islam 2012 :
1. Ustaz Idris Bin
Husin
2. Ustaz Mohd Kamil
Bin Ismail
3. Ustaz Mazlan Bin
Mamat
4. Ustazah Norlaila
Hayati Bt Zainal Abidin
5. Ustazah Ruheida
Bt Bahri
6. Ustazah Rohayu
Bt Mustafa
Taklimat Program oleh Ustaz Darmadi Bin Zulkifly ( SPI, JPNS )
Peserta bengkel Modul Tudingan Tasawwur Islam SPM 2012
Dilaporkan oleh :
USTAZAH ROHAYU BT MUSTAFA
KETUA PANITIA TASAWWUR ISLAM
SMK TAMAN TUANKU JAAFAR, SEREMBAN
Posted by PANITIA TASAWWUR ISLAM at Monday, May 14, 2012 0 comments
Labels: MODUL TUDINGAN
Friday, 4 May 2012
CERAMAH PERBANKAN ISLAM
1.0 PENDAHULUAN
Ceramah
Perbankan Islam merupakan satu Program
Kolaborasi antara PanitiaTasawwur Islam dan Panitia Perdagangan SMKTTJ . Ceramah ini
amat penting kepada pelajar tingkatan 5 untuk memahami
tajuk-tajuk berkaitan dengan
Muamalah Islam , seterusnya dapat
membantu pelajar dalam menjawab soalan SPM 2012.
2.0 RASIONAL
Menambah
pengetahuan pelajar tentang Jenis-jenis Muamalah Islam yang merupakan
salah satu daripada kandungan Sukatan Tasawwur Islam dan Perdagangan serta
Ekonomi Asas.
3.0
OBJEKTIF
3.1 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang Sistem Perbankan Islam.
3.2 Pelajar dapat mengetahui jenis-jenis Muamalah Islam.
3.3 Dapat mengetahui kepentingan dan kelebihan Sistem Muamalah
Islam.
4.0
MATLAMAT
Memberi motivasi kepada pelajar
untuk menceburi bidang kerjaya berkaitan dengan Perbankan Islam.
5.0 TARIKH DAN MASA
4 Mei
2012 8. 00 pagi – 10.15 pagi.
6.0 TEMPAT
Dewan Sri Budiman SMK Taman Tuanku Jaafar, Seremban.
7.0 SASARAN
Semua pelajar Tasawwur Islam , Perdagangan dan Ekonomi Asas.
9. 0 PENUTUP
Diharap program ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya dan mencapai objektif yang ditetapkan.
LAPORAN BERGAMBAR :
Posted by PANITIA TASAWWUR ISLAM at Friday, May 04, 2012 0 comments
Labels: CERAMAH PERBANKAN ISLAM
PROGRAM MUMTAZ TASAWWUR ISLAM 2012
BENGKEL KECEMERLANGAN TASAWWUR ISLAM
TARIKH : 3 MEI 2012
MASA : 2.00 - 4.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SRI BUDIMAN
SASARAN : SEMUA PELAJAR TASAWWUR ISLAM TING. 5
Alhamdulillah dengan izinNya jua sekali lagi Panitia Tasawwur Islam dapat mengadakan bengkel ini khas untuk pelajar-pelajar ting.5 yang telah mendaftar Subjek Tasawwur Islam.
PENDAHULUAN
Bengkel ini dilaksanakan oleh
Panitia Tasawwur Islam dengan kerjasama
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTTJ. Dengan adanya program ini dapat
menambah ilmu pengetahuan,
kemahiran dan teknik menjawab dengan
betul kepada pelajar Tasawwur
Islam yang bakal menduduki peperiksaan
SPM 2011 termasuk pelajar yang
mendaftar di Luar Pakej.
RASIONAL
2.1 Meningkatkan prestasi
pelajar dalam mata pelajaran Tasawwur Islam.
2.2 Mensifarkan pelajar
yang gagal dalam peperiksaan SPM tahun 2012.
2.3 Menambahkan bilangan
pelajar yang dapat A .
2.4 Memberi kefahaman dan
menyuburkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Tasawwur Islam.
OBJEKTIF
3.1 Pelajar menguasai
sepenuhnya kemahiran menjawab soalan kertas 1 dan kertas 2 dalam peperiksaan
SPM 2012.
3.2 Pelajar mempunyai
pengetahuan serta minat yang mendalam terhadap mata pelajaran Tasawwur Islam.
3.3 Pelajar sentiasa
mengambil peluang menimba pengalaman dengan cara menyertai segala aktiviti yang
dianjurkan oleh panitia.
MATLAMAT
4.1 Mencapai 100% lulus
sekurang-kurangnya gred C dalam Peperiksaan
SPM 2012 .
4.2 Meningkatkan kuantiti calon lulus A dalam
Peperiksaan SPM 2012.
PENCERAMAH
Rohayu Binti Mustafa ( Ketua
Panitia Tasawwur Islam, SMKTTJ )
Saya berharap agar bengkel ini dapat membantu pelajar memahami format pentaksiran Tasawwur Islam dengan lebih jelas dan terperinci. Terima kasih diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana menganjurkan bengkel ini.
Posted by PANITIA TASAWWUR ISLAM at Friday, May 04, 2012 0 comments
Labels: PROGRAM MUMTAZ TI
Subscribe to:
Posts (Atom)