BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday 14 May 2012

BENGKEL PEMBINAAN MODUL PROGRAM GEMILANG SPI JPNS


TARIKH                          :  14 MEI 2012 ( ISNIN )

MASA                              :  8. 00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

TEMPAT                           :  PKG TANJUNG IPOH

ANJURAN                        :  SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JPNS


TUGASAN                        :  PEMBINAAN MODUL TUDINGAN  2012 
                                              TASAWWUR ISLAM SPM


TENTATIF PROGRAM   :

8. 00     -  PENDAFTARAN PESERTA BENGKEL

8.30      - BENGKEL 1 ( PEMBINAAN MODUL )

10.30    - REHAT

11.00    -  BENGKEL 2 ( PEMBINAAN MODUL )

1. 00     -  REHAT / MAKAN TENGAHARI / SOLAT

2. 30     - PEMBENTANGAN MODUL

4. 30    - BERSURAI
 

                Alhamdulillah  syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan kekuatan yang diberikanNya dapat kami berhimpun di sini untuk menyiapkan  Modul Tudingan SPM Tasawwur Islam 2012 ini. Dengan terhasilnya modul ini akan menambahkan lagi koleksi  dan perkongsian ilmu untuk memenuhi hasrat guru dan pelajar ke arah meningkatkan lagi prestasi pencapaian SPM Tasawwur Islam.

                Pemilihan tajuk-tajuk dalam modul ini berdasarkan analisa soalan-soalan  SPM dan juga pandangan beberapa orang guru Tasawwur Islam yang terlibat secara langsung dalam membina modul ini.

Modul ini terbahagi kepada dua bahagiaan iaitu Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima.
   Skema untuk modul ini disertakan secara berasingan untuk memudahkan para guru menggunakannya secara latih tubi atau gerak gempur sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin.

                Akhir sekali, kami mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Sektor Pendidikan Islam, JPNS kerana dapat mengadakan Bengkel Pembinaan Modul Program Gemilang ini.
     Semoga modul ini dapat dimanfaatkan bersama oleh guru-ruru dan pelajar-pelajar Tasawwur Islam khasnya di Negeri Sebilan dan seluruh Malaysia amnya.
  

Senarai Peserta Bengkel Pembinaan Modul  Tudingan Tasawwur Islam 2012 :


1. Ustaz Idris Bin Husin
2. Ustaz Mohd Kamil Bin Ismail
3. Ustaz Mazlan Bin Mamat
4. Ustazah Norlaila Hayati Bt Zainal Abidin
5. Ustazah Ruheida Bt Bahri
6. Ustazah Rohayu Bt Mustafa

Taklimat Program oleh Ustaz Darmadi Bin Zulkifly ( SPI,  JPNS ) 

 
Peserta bengkel Modul Tudingan Tasawwur Islam SPM 2012

Dilaporkan oleh :

USTAZAH ROHAYU BT MUSTAFA
KETUA PANITIA TASAWWUR ISLAM
SMK TAMAN TUANKU JAAFAR, SEREMBAN
 
 

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...