BENGKEL KECEMERLANGAN TASAWWUR ISLAM
TARIKH : 3 MEI 2012
MASA : 2.00 - 4.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN SRI BUDIMAN
SASARAN : SEMUA PELAJAR TASAWWUR ISLAM TING. 5
Alhamdulillah dengan izinNya jua sekali lagi Panitia Tasawwur Islam dapat mengadakan bengkel ini khas untuk pelajar-pelajar ting.5 yang telah mendaftar Subjek Tasawwur Islam.
PENDAHULUAN
Bengkel ini dilaksanakan oleh
Panitia Tasawwur Islam dengan kerjasama
Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTTJ. Dengan adanya program ini dapat
menambah ilmu pengetahuan,
kemahiran dan teknik menjawab dengan
betul kepada pelajar Tasawwur
Islam yang bakal menduduki peperiksaan
SPM 2011 termasuk pelajar yang
mendaftar di Luar Pakej.
RASIONAL
2.1 Meningkatkan prestasi
pelajar dalam mata pelajaran Tasawwur Islam.
2.2 Mensifarkan pelajar
yang gagal dalam peperiksaan SPM tahun 2012.
2.3 Menambahkan bilangan
pelajar yang dapat A .
2.4 Memberi kefahaman dan
menyuburkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Tasawwur Islam.
OBJEKTIF
3.1 Pelajar menguasai
sepenuhnya kemahiran menjawab soalan kertas 1 dan kertas 2 dalam peperiksaan
SPM 2012.
3.2 Pelajar mempunyai
pengetahuan serta minat yang mendalam terhadap mata pelajaran Tasawwur Islam.
3.3 Pelajar sentiasa
mengambil peluang menimba pengalaman dengan cara menyertai segala aktiviti yang
dianjurkan oleh panitia.
MATLAMAT
4.1 Mencapai 100% lulus
sekurang-kurangnya gred C dalam Peperiksaan
SPM 2012 .
4.2 Meningkatkan kuantiti calon lulus A dalam
Peperiksaan SPM 2012.
PENCERAMAH
Rohayu Binti Mustafa ( Ketua
Panitia Tasawwur Islam, SMKTTJ )
Saya berharap agar bengkel ini dapat membantu pelajar memahami format pentaksiran Tasawwur Islam dengan lebih jelas dan terperinci. Terima kasih diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling kerana menganjurkan bengkel ini.
0 comments:
Post a Comment